Komuniti Ziliqa (ZIL) Teruja Dengan Kemunculan Platform NFT

Ikhtisar:Ziliqa (ZIL) bakal menampung sebuah multi-platform, merangkumi beberapa fungsi termasuk perlombongan, penyimpanan, dan perdagangan non-fungible token (NFT).

Berdasarkan pengumuman itu, hub kewangan desentralisasi Ziliqa, Switcheo Labs melalui kerjasama bersama ZilSwap mahu mewujudkan ekosistem NFT yang dapat diakses dengan lebih inklusif.

Tidak cukup dengan itu, marketplace tersebut dibangunkan dengan ciri saling kendali bersama Ethereum (ETH) dengan kehadiran cross-chain yang dikuasakan oleh Switcheo Network.

Melalui cara itu, inisiatif NFT di Ethereum boleh migrasi ke Ziliqa.

Switcheo Network percaya kehadiran sektor NFT dalam ekosistem mereka turut akan memampankan lagi kedudukan ZilSwap sebagai platform utama di Ziliqa.

Dijangkakan marketplace NFT akan dilancarkan pada 15 September 2021, bersama koleksi terhad NFT daripada The Bear Market.

Disclaimer

Pandangan dalam artikel ini hanya mewakili pandangan pribadi penulis dan bukan merupakan saran investasi untuk platform ini. Platform ini tidak menjamin keakuratan, kelengkapan dan ketepatan waktu informasi artikel, juga tidak bertanggung jawab atas kerugian yang disebabkan oleh penggunaan atau kepercayaan informasi artikel.
Sebelumnya

Warga Zimbabwe Kehilangan US$5 Juta Dalam Skema Piramida

Selanjutnya

El Salvador telah membeli 400 Bitcoin pertamanya