Global blockchain supervision and query platform

English
Download

Produk Pelaburan Pertama Solana (SOL) Dilancarkan!

Produk Pelaburan Pertama Solana (SOL) Dilancarkan! WikiBit 2021-09-10 14:10

Firma pengurusan aset kripto, Osprey Funds akhirnya telah melancarkan produk amanah Solana (Solana trust product) kepada pelaburnya dengan langganan minima pelaburan sebanyak $10,000.

Jelas Osprey, ini merupakan produk pelaburan pertama Solana (SOL) yang wujud dalam pasaran Amerika Syarikat.

Tidak terhenti hanya di sini, firma tersebut juga merancang mahu menyenaraikan dana Solana di pasaran OTCQX secepat yang mungkin, malah bersetuju untuk memansuhkan kos pengurusan sebanyak 2.5% kepada para pelaburnya sehingga Januari 2023.

Selain Solana, Osprey Funds turut menawarkan produk amanah Bitcoin (BTC), Polkadot (DOT), dan Algorand (ALGO).

Sebelum ini, Grayscale juga ada mendedahkan pihak mereka dalam perancangan untuk melancarkan produk amanah SOL tetapi masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk ke arah itu.

CEO Osprey juga menunjukkan keyakinannya terhadap Solana, mendakwa rangkaian ini merupakan sebuah teknologi yang berpotensi kerana keunikkannya berbanding blockchain yang lain.

Seperti yang dijangka penganalisis Intraday, Solana sekali lagi melakarkan harga tertinggi sepanjang masa (ATH) dengan rekod tengahari semalam, $216.

Disclaimer:

The views in this article only represent the author's personal views, and do not constitute investment advice on this platform. This platform does not guarantee the accuracy, completeness and timeliness of the information in the article, and will not be liable for any loss caused by the use of or reliance on the information in the article.

  • Token conversion
  • Exchange rate conversion
  • Calculation for foreign exchange purchasing
/
PC(S)
Current Rate
Available

0.00