Global blockchain supervision and query platform

English
Download

Grayscale Litecoin Trust (LTCN) Meningkat Lebih 32%

Grayscale Litecoin Trust (LTCN) Meningkat Lebih 32% WikiBit 2021-09-07 12:00

Siapa sangka pelabur kripto akhirnya nampak potensi Litecoin (LTC)? Berdasarkan pemerhatian graf, Grayscale Litecoin Trust (LTCN) mencatatkan peningkatan sebanyak 32.39% pada hari ini selepas sebulan mencatatkan pergerakan mendatar.

Ada dua faktor utama kepada peningkatan ini:

  • Pelumba kereta, Landon Cassil menjadi individu pertama dibayar di dalam kripto iaitu Litecoin (LTC) dalam perlumbaan di Darlington semalam waktu tempatan.

  • Lonjakan LTC sebanyak 34.72% ke paras $200 menyebabkan minat dalam kalangan pelabur runcit dan institusi meningkat mendadak.

Pada masa yang sama, faktor disebut turut disokong kuat oleh volatility (ketidaktentuan) yang rendah iaitu sekitar 58%, melindungi aset ini daripada turun naik harga yang tiba-tiba.

LTC/BTC juga menunjukkan kolerasi yang tinggi iaitu 0.97, mengekalkan nilai aset yang mengukuh.

Ternyata prestasi Litecoin jauh daripada apa yang dijangkakan oleh 76% panelis pada Ogos lalu. Pada hemat mereka, Litecoin akan gagal dan tidak mustahil akan terus lenyap kerana kerelevanannya yang semakin menghilang.

Ketika penulisan, Litecoin mencatatkan nilai dagangan $226.4, meningkat hampir 6% dalam 24 jam. Aset ini bagaimanapun menyaksikan penyusutan lebih 45% daripada paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang direkod pada 10 Mei, $412.96.

Disclaimer:

The views in this article only represent the author's personal views, and do not constitute investment advice on this platform. This platform does not guarantee the accuracy, completeness and timeliness of the information in the article, and will not be liable for any loss caused by the use of or reliance on the information in the article.

  • Token conversion
  • Exchange rate conversion
  • Calculation for foreign exchange purchasing
/
PC(S)
Current Rate
Available

0.00