Global blockchain supervision and query platform

English
Download

Selepas Ini ‘Novi’ Facebook Bakal Menyokong NFT Pula

Selepas Ini ‘Novi’ Facebook Bakal Menyokong NFT Pula WikiBit 2021-08-26 13:15

Facebook mahu mengembangkan lagi pendedahan sektor kripto apabila dilaporkan mahu menyokong non-fungible token (NFT) pula.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh ketua kewangan Facebook, David Marcus semalam.

Melalui wallet Novi, Facebook mahu penggunanya turut dapat mengakses fungsi penyokongan terhadap NFT bukan hanya semata-mata matawang kripto seperti Bitcoin (BTC) dan altcoin yang lain.

Bagaimanapun Marcus tidak menjelaskan secara terperinci jenis produk berkaitan NFT yang bakal ditubuhkan.

Menyentuh tentang wallet Novi, pelancarannya terpaksa ditangguhkan sehingga matawang digital Diem menerima kelulusan daripada pihak penyelia. Sedia maklum, dari awal lagi Diem berhadapan dengan tekanan daripada pihak penyelia dan penggubal undang-undang.

Sebelum ini pihak mereka bersetuju untuk melancarkan Novi terlebih dahulu tanpa Diem. Bagaimanapun, keputusan itu terpaksa ditarik memandangkan kedua-duanya diperlukan dalam usaha mengubah cara orang ramai membuat pembayaran.

Diam merupakan stablecoin yang menawarkan transaksi keseluruhan dunia dengan kadar yang laju pada kos yang rendah.

Disclaimer:

The views in this article only represent the author's personal views, and do not constitute investment advice on this platform. This platform does not guarantee the accuracy, completeness and timeliness of the information in the article, and will not be liable for any loss caused by the use of or reliance on the information in the article.

  • Token conversion
  • Exchange rate conversion
  • Calculation for foreign exchange purchasing
/
PC(S)
Current Rate
Available

0.00