Global blockchain supervision and query platform

English
Download

Whales Bitcoin Pupus Dah Ke ?

Whales Bitcoin Pupus Dah Ke ? WikiBit 2021-08-08 10:00

Penganalisis Willy Woo tampil mendedahkan bilangan whales terbesar atau humpback whales Bitcoin (BTC) yang mencatatkan pegangan entiti berjumlah 10,000 Bitcoin atau lebih mula mencatatkan penurunan jelas sejak kebelakangan ini.

Jelas individu tersebut, penurunan jumlah golongan berpunca apabila mereka menjual sejumlah besar BTC kepada pelabur kecil sejak 2012.

Walaupun penjualan yang berlaku menunjukkan sentimen bearish bagi sesetengah pihak, Woo menjelaskan ia merupakan satu tindakan yang baik untuk prestasi jangka panjang BTC:

“Sudah tentu ia petanda yang baik. Mereka lakukannya demi desentralisasi. Dimana-mana sahaja anda boleh nampak golongan ini menjual atau membeli BTC. Dan jika anda berminat dengan Bitcoin dari 763 mikrosen sehingga $42,000 selama 12 tahun, sudah tentu anda berminat dengan whales yang mengurangkan pegangan mereka dan lebih ramai memilikinya.”

Woo juga berkongsi tentang golongan yang mula muncul dalam pasaran ini. Dia menyifatkan golongan ini memainkan peranan penting dalam kitaran pasaran semasa:

“Terdapat peningkatan jumlah golongan yang memiliki lebih 100 BTC atau dikenali sebagai dolphin sharks. Mereka ini adalah firma pengurusan kekayaan swasta dan hedge funds. Majoriti aset humpback whales dibeli oleh mereka.”

Perkongsian daripada Woo menunjukkan pengedaran aset BTC dalam rangkaian ini berjalan dengan baik dengan pembahagian yang sama rata. Ia jelas menunjukkan konsep pemilikan yang desentralisasi.

Disclaimer:

The views in this article only represent the author's personal views, and do not constitute investment advice on this platform. This platform does not guarantee the accuracy, completeness and timeliness of the information in the article, and will not be liable for any loss caused by the use of or reliance on the information in the article.

  • Token conversion
  • Exchange rate conversion
  • Calculation for foreign exchange purchasing
/
PC(S)
Current Rate
Available

0.00